KAEDAH GABUNGAN (MIXED METHODS) DALAM KAJIAN PEMBASMIAN KEMISKINAN DI MALAYSIA DAN INDONESIA: PENGALAMAN PENYELIDIKAN (MIXED METHODS IN POVERTY ERADICATION PROGRAMME IN MALAYSIA AND INDONESIA: A RESEARCH EXPERIENCE )

Authors

  • Mohamad Zahir Zainudin
  • Roziah Omar
  • Mohd Fauzi Kamarudin

Abstract

Tujuan utama artikel ini ialah berkongsi pengalaman penyelidikan yang dilakukan semasa penulis melengkapkan kajian perbandingan pelaksanaan program pembasmian kemiskinan di Malaysia dan Indonesia menggunakan kaedah gabungan (mixed methods). Penulis telah berkongsi tentang kenapa dan bagaimana mengguna pakai kaedah ini untuk melengkapkan kajian. Penulis juga membentangkan dua pembelajaran dalam artikel ini iaitu mengurus metodologi kajian dan pendekatan penyelidikan. Penulis juga berkongsi pengalaman cabaran dan masalah seperti kekangan masa dan kekurangan pengalaman untuk makluman kepada pengkaji-pengkaji akan datang. Langkah-langkah atau kaedah yang diketengahkan dalam artikel ini dapat diguna pakai oleh penyelidik-penyelidik yang berminat menggunakan kaedah gabungan ini. Ia juga dapat membantu para penyelidik muda membuat pilihan kaedah penyelidikan yang lebih berkesan bagi menjawab persoalan kajian yang sedang dilakukan.

 

Kata Kunci: kaedah gabungan, pembasmian kemiskinan, kajian perbandingan

 

The main purpose of this article is to share a research experience on the implementation of poverty eradication programme in Malaysia and Indonesia using mixed methods. The authors have shared about why and how to apply this method to complete the research. The author also presents two learning experiences in this article which are managing methodology review and research approach. The authors also shared an experience on the challenges and problems for the benefit of next researchers in the future. The ideas featured in this article can be applied by researchers who are interested in using this method. It can also help the young researchers making the most effective research method to answer their research questions.

 

Keywords: mixed methods, poverty eradication, comparative study


Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2016-12-31

How to Cite

Zainudin, M. Z., Omar, R., & Kamarudin, M. F. (2016). KAEDAH GABUNGAN (MIXED METHODS) DALAM KAJIAN PEMBASMIAN KEMISKINAN DI MALAYSIA DAN INDONESIA: PENGALAMAN PENYELIDIKAN (MIXED METHODS IN POVERTY ERADICATION PROGRAMME IN MALAYSIA AND INDONESIA: A RESEARCH EXPERIENCE ). Journal of Human Capital Development (JHCD), 9(2), 47–58. Retrieved from https://jhcd.utem.edu.my/jhcd/article/view/1923

Issue

Section

Skills and Competency Development