PENGISLAMAN SAINS DAN PENGARUHNYA DALAM PERADABAN: RESPONS ILMUWAN MUSLIM TERPILIH (ISLAMIZATION OF SCIENCE AND ITS INFLUENCE ON CIVILIZATION: WHAT SAY THE MUSLIM SCHOLARS?)

Authors

  • Mahadi Abu Hassan
  • Khadijah Mohd Khambali

Abstract

Pengislaman sains telah menjadi perbahasan utama dalam kalangan tokoh ilmuwan dan pemikir Muslim sejak tahun 70-an. Perbahasan ini muncul akibat pengaruh sekularisme dan kemelut sains Barat yang memisahkan antara sains dengan agama. Sehingga kini terdapat ramai tokoh ilmuwan dan pemikir Muslim di Barat dan di Timur membicarakannya berlandaskan landasan konsep dan gerak kerja mengikut pemahaman dan kepakaran mereka. Kajian ini bertujuan menganalisis dan membahaskan sebahagian respons dan signifikasi pengislaman sains di Malaysia dan di peringkat antarabangsa dari sudut pemikiran tokoh ilmuwan terpilih iaitu Syed Muhammad Naquib al-Attas, Osman Bakar, Shaharir Mohamad Zain dan Wan Mohd Nor Wan Daud. Pemilihan ilmuwan dan pemikir ini selaras dengan kesarjanaan dan sumbangan mereka dalam pengislaman sains melalui kaedah penyepaduan ilmu pengetahuan kontemporari. Kajian mendapati bahawa teras falsafah dan respons pemikiran tokoh ilmuwan tersebut ke atas pengislaman sains sangat relevan dalam semua kegiatan ilmu. Kajian ini juga menonjolkan bahawa ketokohan dan sumbangan para ilmuwan  telah memberikan kesan signifikan terhadap kemajuan peradaban khususnya pembangunan diri dan karakter insaniah luhur yang bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga dalam pelbagai disiplin ilmu yang merentasi dunia Islam.

Kata Kunci: pengislaman sains, peradaban, respons, tokoh ilmuwan

 

ABSTRACT

Islamization of science has been a central debate among the Muslim scholars and philosophers since the 70’s. The debates are triggered by the influence of secularism and conflicts of Western science, which cause the gap between science and religions. To date, many Muslim scholars and philosophers, both Eastern and Western, have been elaborating on this topic based on the concepts and activities of their beliefs and expertise. This study aims to analyse and discuss some of the responses and the significance of Islamization of science in Malaysia, as well as at the international level, from the perspectives of selected scholars, i.e. Syed Muhammad Naquib al-Attas, Osman Bakar, Shaharir Mohamad Zain and Wan Mohd Nor Wan Daud. The selection of these scholars and philosophers is based on their scholarships and contributions in islamization of science with the integration of contemporary knowledge. This study reveals that the fundamental philosophies and responses of these scholars on the islamization of science are highly relevant for all aspects of knowledge activities. This study also highlights that leaderships and contributions of scholars provide significant impacts on the progress of civilisation, particularly the development of high moral individuals and human characteristics, not only in Malaysia, but also in various disciplines across the Islamic nations.

Keywords: islamization of science, civilization, responses, scholars

 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2013-01-01

How to Cite

Abu Hassan, M., & Mohd Khambali, K. (2013). PENGISLAMAN SAINS DAN PENGARUHNYA DALAM PERADABAN: RESPONS ILMUWAN MUSLIM TERPILIH (ISLAMIZATION OF SCIENCE AND ITS INFLUENCE ON CIVILIZATION: WHAT SAY THE MUSLIM SCHOLARS?). Journal of Human Capital Development (JHCD), 6(1), 133–150. Retrieved from https://jhcd.utem.edu.my/jhcd/article/view/2312

Issue

Section

Skills and Competency Development