PELAKSANAAN KONSEP MASULIYYAH DALAM TADBIR URUS PIHAK BERKUASA TEMPATAN BAGI MEMASTIKAN SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN YANG CEKAP DAN BERKESAN (The Implementation of Masuliyyah Concept in The Governance of Local Authorities To Ensure Effective and Effici

Authors

  • Enida Daud Fakulti Pengurusan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

Abstract

ABSTRAK Konsep masuliyyah adalah merujuk kepada amanah dan kebertanggungjawaban seseorang terhadap segala kerja yang diberikan kepadanya. Seseorang yang memenuhi masuliyyahnya sentiasa merasai bahawa setiap perbuatannya diperhatikan oleh Allah dan menyedari hakikat bahawa tugas adalah amanah yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin. Dengan mengamalkan konsep masuliyyah dalam tadbir urus Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan dapat mengelakkan rasuah, penyelewengan, pecah amanah dan pembaziran wang awam. Oleh itu kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti kesan pelaksanaan konsep masuliyyah terhadap sistem penyampaian perkhidmatan di PBT. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji nilainilai dalam masuliyyah yang boleh diamalkan oleh penjawat awam di PBT sebagai satu cara untuk melaksanakan tadbir urus yang baik dalam memastikan sistem penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berkesan. Kajian ini menggunakan tiga kaedah penyelidikan iaitu kajian ke perpustakaan, temubual pakar dan soalselidik. Temubual telah diadakan dengan pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pegawai dari Jabatan Audit Negara dan beberapa orang pensyarah dari Fakulti Tamadun Islam UTM. Manakala soal selidik telah diedarkan kepada kakitangan PBT negeri Johor. Saiz sampel yang diambil adalah sebanyak 356 iaitu daripada jumlah populasi sebanyak 4,741 orang. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa nilai yang perlu diberi penekanan dalam usaha untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan melalui konsep masuliyyah iaitu amanah, jujur, bertanggungjawab, menepati janji, menghargai masa dan mempunyai kepakaran, pengetahuan serta kemahiran dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan

KATA KUNCI: Masuliyyah, tadbir urus terbaik, Pihak Berkuasa Tempatan, amanah, sistem penyampaian perkhidmatan

 

ABSTRACT

Masuliyyah concept refers to trustworthiness and responsibilities of one towards his or her assigned jobs. Those who practice this masuliyyah concept are deemed to feel that all their actions are being watched by Allah and realize that all assignments are ought to be carried out as best as possible. By applying the concept, the immoral act in local authority such as corruption, fraud, abuse of power and misuse of public money can be avoided. Therefore, this research aims to identify the effect of practicing masuliyyah concept on the local authorities’ services delivery system. It is also intended to analyze the values that encompass masuliyyah concept which can be practiced by the local authorities’ civil servants as a way to perform good governance in delivering effective and efficient services. The study uses three methods of research; library research, expert interview and questionnaires. An interview was held with an officer from Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), auditor from Jabatan Audit Negara, and few lecturers of the faculty of Islamic civilization from UTM. The questionnaires were distributed to the staff of local authority in Johor, and the sample size taken was 356 people out of the total population of 4741. The result shows that there are several values that should be focused on in improving the effectiveness and efficiency of services delivery through practicing Masuliyyah concept in the local authority governance which are trustworthiness, honesty, responsible, upholding promises, valuing time and possess a skill, knowledge and ability in carrying out the duties given.

KEYWORDS: Masuliyyah, good governance, local authority, trustworthiness, service delivery system

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2018-06-01

How to Cite

Daud, E. (2018). PELAKSANAAN KONSEP MASULIYYAH DALAM TADBIR URUS PIHAK BERKUASA TEMPATAN BAGI MEMASTIKAN SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN YANG CEKAP DAN BERKESAN (The Implementation of Masuliyyah Concept in The Governance of Local Authorities To Ensure Effective and Effici. Journal of Human Capital Development (JHCD), 11(2), 85–98. Retrieved from https://jhcd.utem.edu.my/jhcd/article/view/5147

Issue

Section

Skills and Competency Development