PENAWARAN MAKANAN MENERUSI MEDIA SOSIAL OLEH WANITA B40 ((Food Supply Through Social Media by B40 Women))

Authors

  • Nurul Sahira Shamsuddin
  • Norain Mod Asri
  • Norshamliza Chamhuri
  • Azrina Abdullah Al-Hadi

Abstract

ABSTRAK

 

Penularan global pandemik Covid-19 sebenarnya telah menggalakkan aktiviti perniagaan dilakukan secara dalam talian. Malah, didapati wanita dari kumpulan B40 juga turut terlibat secara aktif dengan penjualan makanan menerusi media sosial untuk menjana pendapatan bagi menampung kehidupan seharian. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis bagaimana wanita B40 menggunakan media sosial untuk menjual makanan di Lembah Klang. Menerusi aplikasi analisis faktor, didapati wanita B40 memilih untuk menjual makanan melalui media sosial kerana pemasaran yang tidak terhad, lebih fleksibel dan kurang risiko. Malah, mereka menggunakan lebih dari satu nombor telefon untuk menguruskan akaun media sosial tersebut bagi tujuan perniagaan. Dalam masa yang sama, mereka juga ada mendapatkan nasihat daripada role model yang telah berjaya dan bantuan kewangan daripada kerajaan mampu mempengaruhi kejayaan perniagaan mereka.

  

Kata Kunci: Penawaran makanan, media sosial, wanita, analisis faktor, Lembah Klang

 

 

ABSTRACT

 

The global transmission of the Covid-19 pandemic has actually encouraged business activities to be done online. In fact, it was found that women from the B40 group are also actively involved in selling food through social media to generate income in order to cover their daily lives. Therefore, this study aims to identify factors that influence B40 women doing food business through social media in the Klang Valley. Through the application of factor analysis, it was found that B40 women chose to sell food through social media because of unlimited marketing, more flexibility and less risk. In fact, they use more than one phone number to manage the social media account for business purposes. At the same time, they also seek advice from role models who have been successful and financial assistance from the government can influence their business success.

 

Keywords: Food supply, social media, woman, factor analysis, Klang Valley

Downloads

How to Cite

Shamsuddin, N. S., Mod Asri, N., Chamhuri, N., & Abdullah Al-Hadi, A. (2023). PENAWARAN MAKANAN MENERUSI MEDIA SOSIAL OLEH WANITA B40 ((Food Supply Through Social Media by B40 Women)). Journal of Human Capital Development (JHCD), 16(1), 48–66. Retrieved from https://jhcd.utem.edu.my/jhcd/article/view/6378

Issue

Section

Skills and Competency Development