TINGKAH LAKU, EMOSI DAN KOGNITIF MURID SEBAGAI FAKTOR PERAMAL PENCAPAIAN AKADEMIK (STUDENTS’ BEHAVIOUR, EMOTION AND COGNITION AS PREDICTIVE FACTORS IN ACADEMIC ACHIEVEMENT)

Authors

  • Nor Yuzie Yusuf
  • Aida Suraya Md Yunus

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tiga dimensi penglibatan iaitu tingkah laku, emosi dan kognitif yang boleh menjadi peramal terbaik bagi pencapaian murid dalam bidang katering. Disamping itu kajian juga bertujuan mengkaji hubungan antara penglibatan dengan pencapaian. Penglibatan dikaitkan dengan aktiviti murid di bilik darjah atau semasa amali merangkumi tingkah laku, emosi dan kognitif. Kajian berbentuk deskriptif kuantitatif ini melibatkan 119 orang murid katering di tujuh buah sekolah menengah akademik harian di negeri Melaka yang dipilih menggunakan teknik persampelan berkelompok. Kajian menggunakan satu instrumen iaitu penglibatan murid untuk mengukur penglibatan murid di dalam bilik darjah atau semasa amali. Nilai kebolehpercayaan yang dilaporkan bagi penglibatan murid ialah .941. Keseluruhan dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan signifikan dan sederhana antara penglibatan dengan pencapaian murid dalam bidang katering. Manakala dapatan kajian mendapati terdapat hubungan signifikan dan sederhana antara penglibatan emosi dan kognitif dengan pencapaian murid. Juga terdapat hubungan signifikan dan rendah antara penglibatan tingkah laku dengan pencapaian murid. Dapatan kajian juga mendapati dimensi penglibatan kognitif merupakan peramal utama kepada pencapaian murid berbanding dengan tingkah laku dan emosi.

 

Kata Kunci: penglibatan, murid, pencapaian, katering

 

ABSTRACT

 

This study aims to identify the three dimensions of engagement (behavioral, emotional and cognitive) that best predict of student achievement in catering. It also aims to examine the relationship between engagement and achievement. Whereas, the dimensions in the engagement variable include behavioral, emotional and cognitive. This quantitative descriptive study recruited 119 catering students selected from seven academic secondary daily schools in Melaka. The participants were selected through a cluster sampling technique. The instrument of students’ engagement was used to assess students’ engagement in the classroom or during practice. The alpha reliability coefficient for students’ engagement was reported at .941. Overall the finding showed that, there is a significant and moderate relationship between students’ engagement and achievement in catering. There is also a significant and moderate relationship between emotional and cognitive engagement and students’ achievement. Also there was a significant and low relationship between behavior engagement and students’ achievement. The study also found that the cognitive engagement is the best predict of student achievement compared to behavioral and emotion engagement.

 

Keywords: engagement, student, achievement, catering

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2014-06-30

How to Cite

Yusuf, N. Y., & Md Yunus, A. S. (2014). TINGKAH LAKU, EMOSI DAN KOGNITIF MURID SEBAGAI FAKTOR PERAMAL PENCAPAIAN AKADEMIK (STUDENTS’ BEHAVIOUR, EMOTION AND COGNITION AS PREDICTIVE FACTORS IN ACADEMIC ACHIEVEMENT). Journal of Human Capital Development (JHCD), 7(1), 1–20. Retrieved from https://jhcd.utem.edu.my/jhcd/article/view/2135

Issue

Section

Skills and Competency Development