KESAN KECERDASAN EMOSI TERHADAP BUDAYA KESELAMATAN DI SEBUAH SYARIKAT PEMBEKAL AIR DI MALAYSIA (THE EFFECT OF EMOTIONAL INTELLIGENCE ON SAFETY CULTURE IN A MALAYSIAN WATER SUPPLYING COMPANY)

Authors

  • Norazalita Semail
  • Shah Rollah Abdul Wahab
  • Aisyahmona Ghani

Abstract

Dalam era globalisasi, pergantungan kepada keupayaan fizikal pekerja sahaja tidak mencukupi untuk meningkatkan kesedaran keselamatan mereka di tempat kerja. Emosi pekerja kini dikenal pasti sebagai medium yang penting untuk mempengaruhi keberkesanan sesebuah amalan keselamatan termasuk budaya keselamatan. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesan kecerdasan emosi terhadap budaya keselamatan di salah sebuah syarikat pembekal air di Malaysia. Seramai 158 orang pekerja teknikal telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Responden telah dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah dan berkadaran. Data dikumpul dengan menggunakan borang soal selidik termasuk Skala Kecerdasan Emosi (EIS), Lima Inventori Utama (BFI) dan Soal Selidik Iklim Keselamatan (SCQ). Data yang dikumpul kemudian dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif (min dan peratusan) dan statistik inferensi (regresi mudah dan regresi berhierarki). Dapatan kajian menunjukkan kecerdasan emosi memberi kesan yang signifikan kepada budaya keselamatan (R2= 0.16, p < 0.000). Akhirnya, beberapa cadangan dikemukakan kepada kajian akan datang, organisasi dan pekerja teknikal tersebut.

 

Kata Kunci: kecerdasan emosi, personaliti, budaya keselamatan


ABSTRACT

 

In the era of globalisation, sole dependence on employee physical capability is not sufficient to increase awareness on occupational safety and health administration. Employee emotion is now considered as an important medium to influence the efficiency of safety practice which includes culture of safety. This study is conducted to identify the effects of emotional intelligence on safety culture at a water supply company in Malaysia. 158 technical staff were selected as respondents through the simple random proportional sampling method. Data collected using the Emotional Intelligence Scale (EIS), Big Five Inventory (BFI) and Social Communication Questionnaire (SCQ) was analysed using the descriptive statistics (mean and percentage) and inference statistics (simple regression and hierarchical regression). Findings show that emotional intelligence leads to significant impact to culture of safety (R2=0.16, p <0.000). Recommendations are given for future studies, as well as to the organisation and the respondents.

 

Keywords: Emotional intelligence, personality, safety culture

 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2014-06-30

How to Cite

Semail, N., Abdul Wahab, S. R., & Ghani, A. (2014). KESAN KECERDASAN EMOSI TERHADAP BUDAYA KESELAMATAN DI SEBUAH SYARIKAT PEMBEKAL AIR DI MALAYSIA (THE EFFECT OF EMOTIONAL INTELLIGENCE ON SAFETY CULTURE IN A MALAYSIAN WATER SUPPLYING COMPANY). Journal of Human Capital Development (JHCD), 7(1), 21–32. Retrieved from https://jhcd.utem.edu.my/jhcd/article/view/2136

Issue

Section

Skills and Competency Development