KAJIAN PENERIMAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HADITH BERBANTUKAN LAMAN WEB AL-DURAR AL-SANIYYAH (LECTURERS’ ACCEPTANCE ON THE TEACHING AND LEARNING OF HADITH AIDED BY THE AL-DURAR AL-SANIYYAH WEBSITE)

Authors

  • Syed Najihuddin Syed Hassan
  • Mohd Zohdi Mohd Amin
  • Syed Najmuddin Syed Hassan

Abstract

Kertas kerja ini berkisar berkenaan laman web al-Durar al-Saniyyah yang menyediakan kemudahan rujukan hadis secara dalam talian. Kajian ini menggunakan kaedah kajian lapangan secara kualitatif yang bersandarkan kepada temuduga separa berstruktur bersama pensyarah dari Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), Universiti Sains Islam Malaysia. Antara objektif kertas kerja ini adalah mengkaji latar belakang laman web, menilai keberkesanan penggunaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran, mengkaji sejauh mana ia mudah digunakan dan mengenal pasti beberapa kelebihan serta kekurangannya. Kajian ini juga turut mendalami persepsi mereka terhadap beberapa isu takhrij hadis, penggunaan laman web tersebut dalam mentakhrijkan hadis, dan kesesuaian laman web itu bagi kajian hadis. Hasil kajian mendapati laman web ini mudah untuk digunakan dan berkesan untuk proses pentakhrijan hadis. Ia juga membantu memudahkan pengajaran dan pembelajaran. Kesimpulannya, laman web al-Durar al-Saniyyah ini perlu diperkenalkan sebagai salah satu alat bantu mengajar yang menggunakan hadis sebagai sumber serta proses kajian hadis secara umum.


Kata Kunci: pembelajaran berbantukan web, takhrij hadis, kajian hadis, laman web al-Durar al-Saniyyah

 

ABSTRACT

 

This paper is about al-Durar al-Saniyyah website which provides online hadith reference services. The study used a qualitative approach through semi-structured interview sessions with lecturers of Faculty of Quranic and Sunnah Studies,Universiti Sains Islam Malaysia. The objectives of this study were to review the background of the website, analyze the effectiveness of the website in teaching and learning process, its ease of use, as well as its advantages and disadvantages. Then, this study was also focusing on the perception of the respondents about several issues regarding takhrij hadith and the suitability of, the website in explaining  takhrij hadith. The findings indicated that this website was easy to use and very effective in takhrij hadith process. It also helped easing the teaching and learning process. In summary, this website should be promoted as an effective teaching tool utilizing hadith resources and hadith studies generally.

 

Keywords: web-based learning, takhrij hadith, hadith studies, al-Durar al-Saniyyah website

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2014-06-30

How to Cite

Syed Hassan, S. N., Mohd Amin, M. Z., & Syed Hassan, S. N. (2014). KAJIAN PENERIMAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HADITH BERBANTUKAN LAMAN WEB AL-DURAR AL-SANIYYAH (LECTURERS’ ACCEPTANCE ON THE TEACHING AND LEARNING OF HADITH AIDED BY THE AL-DURAR AL-SANIYYAH WEBSITE). Journal of Human Capital Development (JHCD), 7(1), 65–82. Retrieved from https://jhcd.utem.edu.my/jhcd/article/view/2144

Issue

Section

Skills and Competency Development