PENERIMAAN PROGRAM PEMBANGUNAN DIRI DALAM KALANGAN PENDUDUK RUMAH PANJANG DI SARAWAK (THE ACCEPTANCE OF SELF-DEVELOPMENT PROGRAMMES AMONGST THE INHABITANTS OF THE SARAWAK LONGHOUSES)

Authors

  • Kwok Chin Hoe
  • Haris Abd Wahab

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi meneliti penerimaan program pembangunan diri di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) dalam kalangan penduduk rumah panjang di Daerah Song, Sarawak. Penerimaan bantuan program oleh penduduk rumah panjang dalam skim tersebut diteliti berdasarkan penerimaan empat buah program yang bercirikan pembangunan diri iaitu Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK), Program Kecemerlangan Pendidikan (PKP), Program Pembangunan Minda Insan (PPMI) dan Program Peningkatan Pendapatan (PPP). Seramai 260 orang Ketua Isi Rumah (KIR) telah dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Maklumat kajian dikumpulkan melalui temu bual berstruktur menggunakan borang soal selidik dan dianalisis menggunakan program SPSS. Penemuan kajian menunjukkan sebilangan besar daripada penduduk rumah panjang yang ditemu bual tidak terlibat dalam menerima bantuan program pembangunan diri yang dikaji. Oleh itu, kajian ini mencadangkan agar usaha penambahbaikan dilakukan dengan menyediakan lebih banyak peluang dan ruang kepada penduduk setempat untuk turut terlibat dalam pelaksanaan program berbentuk pembangunan diri demi memastikan usaha membasmi kemiskinan dapat mencapai matlamatnya.


Kata Kunci: pembangunan diri, penglibatan, penglibatan komuniti, kemiskinan, pembasmian kemiskinan


ABSTRACT

 

This research is conducted to investigate on the acceptance of the self-development programs conducted by the Peoples Welfare Development Scheme for the inhabitants of the longhouses in the Song district of Sarawak. The inhabitants’ acceptance on the program is investigated specifically based on four programs that characterize self-development. These programs include Skills and Career Training Program, Education Excellence Program, Human Intellectual Development Program as well as Income Development Program. Based on a random selection, 260 heads of families were identified to be respondents of the study. Questionnaires and structured interviews were deployed for the collection of data which was further analyzed using the SPSS program. Findings indicate that a majority of the longhouse inhabitants who were interviewed are not involved in the Self-development program. Therefore, this study suggests that further efforts are taken to provide opportunities for the inhabitants to be included in the implementation of such self-development programs, hence ensuring that the efforts to eradicate poverty are achieved.

 

Keywords: self-development, involvement, community involvement, poverty, poverty eradication


Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2013-06-30

How to Cite

Chin Hoe, K., & Abd Wahab, H. (2013). PENERIMAAN PROGRAM PEMBANGUNAN DIRI DALAM KALANGAN PENDUDUK RUMAH PANJANG DI SARAWAK (THE ACCEPTANCE OF SELF-DEVELOPMENT PROGRAMMES AMONGST THE INHABITANTS OF THE SARAWAK LONGHOUSES). Journal of Human Capital Development (JHCD), 6(1), 15–26. Retrieved from https://jhcd.utem.edu.my/jhcd/article/view/2161

Issue

Section

Skills and Competency Development