KAJIAN KES APLIKASI NARATIF DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH (CASE STUDY ON THE NARRATIVE APPLICATION OF THE MALAY LANGUAGE SUBJECT IN SECONDARY SCHOOLS)

Authors

  • Zuraini Jusoh
  • Fadzilah Abd Rahman
  • Norazlina Mohd Kiram
  • Samsilah Roslan

Abstract

Kajian kes ini telah dijalankan untuk mendapatkan maklumat secara mendalam mengenai pengaplikasian naratif atau cerita dalam kalangan guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu. Berdasarkan kajian-kajian lepas didapati naratif atau cerita ini banyak dikaji di luar negara dan diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran pelbagai bidang namun, banyak melibatkan pendidikan peringkat sekolah rendah. Malah, di negara ini naratif atau cerita banyak dilaksanakan di peringkat pra sekolah dan sekoleh rendah. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mendapatkan pandangan guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah berkaitan naratif atau cerita itu sendiri, juga untuk mengetahui sejauh mana ia dapat diaplikasikan di peringkat sekolah menengah. Temu bual jenis semi-struktur secara bersemuka telah dilakukan terhadap dua orang guru, iaitu seorang guru berpengalaman mengajar Bahasa Melayu selama 12 tahun dan seorang lagi berpengalaman selama lima tahun. Secara umumnya, guru-guru yang menjadi responden kajian mempunyai pandangan yang positif terhadap aplikasi bercerita atau naratif di peringkat sekolah menengah. Namun, mengakui bahawa ia perlu disesuaikan dengan aras kepandaian murid-murid serta hanya sesuai untuk mata pelajaran tertentu sahaja.

Kata Kunci: aplikasi naratif, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, pandangan guru, murid sekolah menengah

 

ABSTRACT

This case study is conducted to detail out the narrative, or story, application among the Malay language teachers. Previous studies indicate that narratives or stories have been a research interest abroad, and it has been applied in various areas for teaching and learning. However, the application involves only the primary school education. Domestically, the narrative or story is carried out in primary schools, even pre-schools. As such, this investigation looks into the perceptions of the secondary Malay language teachers on the narrative or story, as well as its application in the secondary schools. Semi-structured face-to-face interviews were conducted with two Malay language teachers, who have the experience teaching the subject for 12 and five years respectively. Generally, the respondents have positive perspectives towards the narrative or story application at the secondary school level. However, they concur that its application should be tailored according to the level of intelligence of the students, and it is suitable for only some subjects.

 

Keyword: narrative application, teaching and learning of Malay language, teachers’ perspectives, secondary schools students

Downloads

Published

2013-01-01

How to Cite

Jusoh, Z., Abd Rahman, F., Mohd Kiram, N., & Roslan, S. (2013). KAJIAN KES APLIKASI NARATIF DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH (CASE STUDY ON THE NARRATIVE APPLICATION OF THE MALAY LANGUAGE SUBJECT IN SECONDARY SCHOOLS). Journal of Human Capital Development (JHCD), 6(1), 87–100. Retrieved from https://jhcd.utem.edu.my/jhcd/article/view/2307

Issue

Section

Skills and Competency Development