KEBERKESANAN KEMPEN PERHUBUNGAN AWAM (PR) DALAM MEMPROMOSIKAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) (THE EFFECTIVENESS OF PUBLIC RELATIONS (PR) CAMPAIGN IN PROMOTING UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM))

Authors

  • Norliza Omar
  • Muhammad Pauzi Abdul Latif

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat bagaimana keberkesanan aktiviti perhubungan awam yang dijalankan oleh pihak UTeM dalam memperkenalkan UTeM kepada masyarakat di luar UTeM.  Walaupun komunikasi penting dalam semua tahap aktiviti manusia, namun semakin banyak manusia berkomunikasi, semakin banyak kegagalan dan kesalahan yang dilakukannya. Dalam dunia perniagaan pula, kejayaaan sesebuah organisasi bergantung besar kepada pengurusan perhubungan awam yang dipraktikkan melalui penghasilan produk yang dapat dipasarkan bagi memenuhi ekspektasi pasaran pengguna. Pengurusan yang baik akan menjadi produktiviti sesebuah organisasi itu meningkat. Oleh sebab itu, dapatlah dikatakan bahawa komunikasi dalam perhubungan awam memainkan peranan yang amat penting khususnya untuk mempromosikan organisasi pada tahap yang berprestij tinggi.  Ini adalah kerana ia akan menjadi penentu kepada produk atau hasil pentadbiran seluruh sistem pengurusan itu sendiri.  Sumber asli yang banyak dan bermutu tinggi tidak akan menjadi hasil yang berguna tanpa dikawal dan diurus dengan baik melalui satu sistem pengurusan yang rapi. Soal selidik telah digunakan untuk mengkaji beberapa aspek iaitu strategi Perhubungan Awam (PR) yang diamalkan di UTeM, kekerapan aktiviti yang diamalkan di UTeM dan mengenal pasti tahap kejayaan media cetak dan elektronik. Pemilihan responden adalah secara rawak sistematik atau persampelan bertujuan. Reka bentuk kajian adalah secara deskriptif.  Penemuan kajian telah menunjukkan bahawa masyarakat di luar UTeM kurang terdedah dengan UTeM sebagai universiti teknikal yang pertama di Malaysia. Walaupun strategi PR yang dijalankan mencapai kejayaan namun aktiviti - aktiviti PR yang dilakukan masih pada tahap yang kurang memuaskan untuk ditonjolkan kepada masyarakat di luar.  Pihak pengurusan telah dicadangkan supaya memperbanyakkan aktiviti PR seperti membuat promosi kepada masyarakat di luar UTeM.

Kata Kunci: UTeM, perhubungan awam, komunikasi.

 

Abstract

This study aims to examine the effectiveness of public relations activities conducted by UTeM in introducing the university to communities outside UTeM. While communication is important at all levels of human activity, the more people communicate, the more failures and mistakes occur. In the business world, the success of an organization relies heavily on the management of public relations practiced through the production of marketable products to meet consumer market expectations. Good management leads to an increased productivity of an organization. Therefore, communication in public relations may play a very important role in promoting the organization at a prestigious level. This is because it serves as the determinant of the product or the administrative results of the entire management system itself. Bountiful and high quality natural resources will only yield useful results with appropriate control and management through an efficient management system. A questionnaire survey approach has been adopted to examine several aspects of Public Relations strategy (PR) practiced at UTeM, the frequency of activities practiced at UTeM and the success level of print and electronic media. The respondent selection is randomly systematic or purposeful sampling. The design of the study is descriptive. The findings show that the community outside UTeM has little exposure to UTeM as the first technical university in Malaysia. Despite the success of the PR strategy; however, PR activities are still at a less satisfactory level to be highlighted to the outside community. It is suggested that the management should increase PR activities such as promoting UTeM to the public.

Keywords: UTeM, public relations, communications.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2011-07-01

How to Cite

Omar, N., & Abdul Latif, M. P. (2011). KEBERKESANAN KEMPEN PERHUBUNGAN AWAM (PR) DALAM MEMPROMOSIKAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) (THE EFFECTIVENESS OF PUBLIC RELATIONS (PR) CAMPAIGN IN PROMOTING UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)). Journal of Human Capital Development (JHCD), 4(2), 75–86. Retrieved from https://jhcd.utem.edu.my/jhcd/article/view/2322

Issue

Section

Skills and Competency Development