PENGARUH GAYA KEIBUAN TERHADAP PENERIMAAN MEDIA SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH (Influences of Parenting Style towards the Social Media Acceptance among the Secondry School Students)

Authors

  • Mohd Fikri Yazan
  • Norsiah Abdul Hamid
  • Norhafezah Yusof

Abstract

Penggunaan media sosial pada hari ini akan menjadikan proses pembelajaran menjadi mudah. Tidak kira di mana pelajar itu berada sama ada berada di kawasan sekolah, di luar sekolah, ataupun di rumah sendiri, pelajar tersebut boleh berhubung selagi liputan rangkaian internet berfungsi dengan baik. Kini, remaja dilihat banyak terdedah kepada penggunaan media sosial dan tidak dapat dinafikan bahawa media sosial mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan remaja terutama yang bergelar pelajar. Apabila wujudnya penggunaan media sosial yang berleluasa, tidak akan terlepas dari kesan penggunaan media sosial tersebut. Justeru, kajian ini akan lebih menfokuskan penggunaan media sosial dalam konteks gaya keibuan dalam kalangan pelajar sekolah. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah bagi mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan media sosial berdasarkan gaya keibuan autoritatif, autoritarian dan permisif. Kajian ini melibatkan 313 pelajar sekolah menengah kebangsaan yang dipilih secara persampelan berstrata di daerah Kota Setar dan Kuala Muda. Hasil kajian dengan menggunakan analisis regresi berganda menunjukkan terdapat enam faktor yang didapati mempengaruhi gaya keibuan autoritatif dan autoritarian serta empat faktor mempengaruhi gaya keibuan permisif. Secara keseluruhannya, penerimaan media sosial dalam kalangan pelajar sekolah menengah didapati dipengaruhi oleh faktor gaya keibuan autoritatif, autoritarian dan permisif. Dapatan merumuskan bahawa ibu kepada responden dalam kajian ini mengamalkan gaya keibuan autoritatif, autoritarian dan permisif yang didapati mempengaruhi pelajar dalam penerimaan media sosial. Kata Kunci: media sosial; keibubapaan; keibuan; analisis regresi

 

Using social media today make learning process easy. Either at school or home, students can connect to social media as long as the network coverage properly functions. Nowadays, teens seen much exposure to use social media and it is undeniable that social media has a great


E-ISSN: 2289-8115 ISSN: 1985-7012 Vol. 12 No. 1 January - June 2019 2

influence teenagers lives especially students. There are effects of the widespread of social media using. Thus, this study focuses on social media using in context of parenting style among student. Thus, the aim of this study is to identify the factors that affect students in accepting or using social media based on authoritative, authoritarian and permissive motherhood styles. The study involved 313 secondary school students were selected by stratified sampling in Kota Setar and Kuala Muda. By using multiple regression analysis it is found that there were six factors that affect motherhood authoritative and authoritarian style and four factors influencing motherhood permissive style. Overall, the acceptance of social media among students was found to be influenced by authoritative, authoritarian and permissive motherhood styles. The findings conclude that mother in this study adopt an authoritative, authoritarian and permissive motherhood style found to influence students in acceptance of social media.

Keywords: social media; parenting; motherhood; regression analysis

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

How to Cite

Yazan, M. F., Abdul Hamid, N., & Yusof, N. (2019). PENGARUH GAYA KEIBUAN TERHADAP PENERIMAAN MEDIA SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH (Influences of Parenting Style towards the Social Media Acceptance among the Secondry School Students). Journal of Human Capital Development (JHCD), 12(1), 1–18. Retrieved from https://jhcd.utem.edu.my/jhcd/article/view/5391

Issue

Section

Skills and Competency Development