MEDIA SOSIAL DAN PENYAMPAIAN BARANG SERTA PERKHIDMATAN AWAM OLEH PEKERJA SEKTOR AWAM DI MALAYSIA

Authors

  • Muhammad Amir Afif Kharahab Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor, MALAYSIA
  • Norain Mod Asri Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor, MALAYSIA

Abstract

ABSTRAK

 

Interakasi antara orang ramai dan agensi kerajaan semakin kompleks dalam urusan dan proses penyampaian barang dan perkhidmatan awam oleh kerajaan. Namun, urusan tersebut dapat dipermudahkan menerusi penggunaan media sosial dalam pentadbiran kerajaan. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pandangan daripada kakitangan sektor awam terhadap aplikasi atau penggunaan media sosial dalam urusan kerja harian mereka ketika menyampaikan barang dan perkhidmatan awam. Kajian ini menggunakan soal selidik yang diedarkan kepada 331 responden di kawasan Lembah Klang. Data dari soal selidik ini dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis faktor. Dapatan kajian membuktikan penggunaan media sosial mampu meningkatkan produktiviti pekerja sektor awam kerana mereka boleh berkomunikasi dan mendapat maklum balas dengan kadar segera. Selain itu, pengunaan media membolehkan penyebaran maklumat dengan lebih cepat dan tiada batasan komunikasi apabila menyertai kumpulan komunikasi bersama rakan sekerja. Malah, penggunaan media sosial tersebut telah mendorong kepada gaya hidup kakitangan sektor awam yang lebih sihat termasuk ketika bercuti di luar kawasan dan di luar hari bekerja. Namun, interaksi dengan rakan sekerja amat penting untuk melancarkan urusan pekerjaan dengan mengikuti (follow) ketua dalam jabatan yang berlainan dan jabatan yang sama serta membenarkan ketua dalam jabatan yang sama menjadi pengikut (followers) media sosial untuk urusan kerja. Oleh itu, kajian ini memberi pendedahan sebenar kepada kakitangan awam untuk menggunakan dan mengendalikan media sosial dengan kaedah yang betul dalam urusan pentadbiran kerajaan. Seterusnya, kajian ini penting kepada kerajaan dalam menambah baik dasar pengoperasian sektor awam terkini. 

 

 

Kata Kunci: media sosial; analisis faktor; produktiviti; Lembah Klang; sektor awam

   

 ABSTRACT

 

The interaction between the public and government agencies is increasingly complex in the affairs and process of delivery of public goods and services by the government. However, the matter can be simplified through the use of social media in government administration. Therefore, the objective of this study is to identify the views of public sector employees on the application or use of social media in their daily work when delivering public goods and services. This study used a questionnaire that was distributed to 331 respondents in the Klang Valley area. The data from this questionnaire was analyzed using the factor analysis method. The findings of the study prove that the use of social media can increase the productivity of public sector workers because they can communicate and get feedback immediately. In addition, the use of media allows information to be disseminated more quickly and there are no communication limitations when participating in communication groups with colleagues. In fact, the use of social media has led to a healthier lifestyle for public sector employees including when they are on vacation outside the office area and out of working days. However, interaction with colleagues is very important to make their work easier by following leaders in different departments and leaders in the same department and allowing leaders in the same department to be their social media followers. Therefore, this study provides exposure to civil servants to use and operate social media in the proper way in government administration. This study also important to the government in improving the latest public sector operating policy.

 

Keywords: social media; factor analysis; productivity; Klang Valley; public sector

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-12-26

How to Cite

Muhammad Amir Afif Kharahab, & Norain Mod Asri. (2024). MEDIA SOSIAL DAN PENYAMPAIAN BARANG SERTA PERKHIDMATAN AWAM OLEH PEKERJA SEKTOR AWAM DI MALAYSIA . Journal of Human Capital Development (JHCD), 17(2), 1–15. Retrieved from https://jhcd.utem.edu.my/jhcd/article/view/6472

Issue

Section

ARTICLES